7 Tips Remeh untuk Move On!


Sebut je tentang move on, mesti ramai yang kaitkan dengan percintaan kan? Move on lepas putus cinta, move on lepas crush tak layan, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan cinta. Tapiii sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang memerlukan kita kuat untuk move on, atau dalam erti kata lain untuk meneruskan hidup! Antaranya adalah move on selepas kecewa dengan keputusan peperiksaan, move on lepas bergaduh dengan kawan, move on lepas gagal dalam sesuatu perkara yang kita buat, move on lepas kematian orang tersayang, dan baaanyak lagi. Semuanya memerlukan kekuatan untuk kita teruskan hidup tanpa gangguan emosi yang serius... hmm. Saya pun sebenarnya dapat idea untuk tulis tentang moving on ni sebab saya baru je selesai pembentangan usul tesis sarjana saya pagi ni, dan agak susah untuk saya move on daripada hakikat bahawa baaanyak pembetulan yang perlu saya buat untuk memurnikan lagi tesis saya tu. (hu hu hu nama pun belajar kan, mana ada yang senang. sobs)


Bukan senang nak move on, sebab dugaan yang diterima oleh setiap orang tak sama, dan tahap kekuatan masing-masing juga berbeza-beza. Walaupun move on ni nampak remeh, tapi sebenarnya mampu memberikan kesan yang besar dalam hidup kita. Berdasarkan pengalaman Jaji, antara tahap move on yang paling susah adalah menerima hakikat bahawa perkara yang dah berlaku tu tak dapat nak diulang semula. Tak kira betapa menyesalnya saya sebab tak berjaya cecah GPA 3.50 pada semester kedua di UKM dulu, saya dah tak boleh patah balik. Tiga hari tiga malam jugalah menangis mengenangkan keputusan yang rendah tu. Haaa TAPI, walaupun kita tak dapat ubah masa silam, kita masih mampu untuk merancang masa depan. Sebab itulah semangat untuk move on tu penting, supaya kita tak terus terbawa-bawa dengan perkara yang dah berlaku dah pun.

Dalam tulisan kali ni, saya akan kongsikan beberapa tips yang kelihatan agak remeh, tapi besar impaknya *pada sayalah*. Perkongsian ni hanyalah rumusan berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan, jadi terpulanglah kepada anda untuk menilai keberkesanannya, hehehe.


1. Menangis
Ya, pada peringkat awal, menangislah. Menangis supaya kita tak rasa terbeban dengan emosi tu. Sekurang-kurangnya lepas dah keluar air mata, kita akan rasa lega. Kalau anda dah cuba menangis tapi tak boleh, mungkin maknanya anda kuat. Maybe you're stronger than you think you are! (pagi tadi saya nangis terus dalam kereta lepas selesai pembentangan sebab memikirkan usaha yang kita rasa dah banyak selama ni rupanya masih tak cukup huhu)


2. Buang benda-benda yang mengingatkan anda pada kisah lama
Haa yang ni memang satu tips yang tipikal, biasa sangat kita dengar kan. Nak buang 'benda' ni memerlukan keikhlasan dan kekuatan emosi, bukan sekadar 'buang' tapi 'simpan'. Buang atas dasar "aku kena buang sebab aku sayang diri aku lebih daripada aku sayang benda-benda yang dah menyakitkan aku". Contohnya kalau anda putus cinta *ni contoh paling mudah hehe*, buang/delete semua gambar lama. Kalau sayang sangat nak buang pun, setidaknya simpanlah di tempat yang anda takkan tengok selalu. Out of sight, out of mind. Haa satu lagi benda penting yang perlu dibuang (jika anda putus cinta) ialah: mesej-mesej lama! Ya memanglah mula-mula rindu, rasa nak baca je selalu, tapi kalau asyik belek benda lama je, macam mana kita nak mulakan hidup baru kan?


3. Tukar senarai lagu/playlist anda
Dari segi psikologinya, bunyi (lagu) mampu mengingatkan kita pada sesuatu perkara atau seseorang. Sebab tu lah pentingnya kita mengemas kini senarai lagu yang biasa kita dengar. Kalau selama ni suka dengar lagu-lagu rapuh, cuba gantikan dengan lagu-lagu yang memberikan semangat pula. Kalau lagu Afgan mengingatkan anda pada seseorang, cuba gantikan dengan lagu rap Nicki Minaj pula *contoh je haha*. Macam saya dulu, susah sangat nak move on daripada UKM. Maksud saya, lepas dah habis belajar di UKM, saya masih rindukan suasana kolej dan kawan-kawan, rasa macam tak boleh move on. Tapi lepas tu saya tersedar; saya asyik rindu mungkin sebab saya selalu dengar lagu sama yang saya selalu layan masa zaman di UKM dulu. Jadi lepas tu saya gantikan lagu-lagu tu dengan lagu-lagu baru pula. Walaupun nampak remeh, tapi kesannya besar okay.


4. Tonton filem
Tontonlah filem yang boleh memberi inspirasi kepada anda. Banyak filem-filem yang mampu mengubat kesedihan dan mengubah persepsi kita terhadap masalah yang kita hadapi. Oh, I once wrote about movies that made me feel good, feel free to read the post here.


5. Shopping!
Membeli-belah merupakan satu terapi yang baik (jika anda tak terlebih berbelanja lah kan) hehe. Membeli barang baru ni ibarat "new shoes, new me". Dalam usaha melupakan benda lama, mestilah kita perlukan 'benda baru' kan. Membeli barang baru juga ibarat anda telah memberikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan meneruskan hidup/move on. Haa tapi jangan sampai terlebih berbelanja pula, kang daripada elok-elok nak move on tiba-tiba down pula tengok baki akaun. :p


6. Berhenti bercakap tentang perkara tersebut
Move on haruslah bermula dengan diri sendiri. Selagi anda masih berbicara tentang hal tersebut, tak kiralah apa pun halnya, maknanya anda masih belum move on. Jika anda masih tweet tentang bekas kekasih anda tu, atau masih berbicara tentang hal yang dah lama berlalu, haa nampaknya mungkin anda masih tak dapat terima kenyataan. Sesukar mana pun untuk anda mengelak daripada bercerita atau mengungkit tentang hal tu, cuba sedaya upaya untuk tahan. Lama-lama anda akan terbiasa dan akhirnya anda sendiri akan terlupa hal tu. Apabila dah sampai tahap ni, tahniah, maknanya anda dah berjaya move on.


7. Bersenam
Ya! Bersenam mampu membuatkan kita lupa semua hal lain untuk seketika. Masa bersenam, seluruh tenaga kita akan digunakan oleh tubuh, jadi dah takde tenaga dah untuk fikir benda lain haha. :p Sebenarnya, bersenam akan mengeluarkan sejenis hormon iaitu endorfin, dan hormon tu mampu buat kita rasa gembira. Oh ya, bersenam ni juga bonus untuk anda! Sebab selain rasa gembira, rasa lebih sihat, dan rasa ceria, anda juga sebenarnya sedang membentuk fizikal anda untuk menjadi lebih cantik! Hehehe *jadi kalau ada yang putus cinta sebab bekas kekasih anggap anda terlalu gemuk/terlalu kurus/tak cantik tu, haa inilah masanya untuk anda buktikan!* :p (walaupun pada saya semua orang cantik, tak kira apa pun bentuk badan. xoxo)

Walaupun post ni nampak macam tertumpu kepada orang putus cinta (sebab tu je contoh paling mudah haha), tapi sebenarnya tips ni boleh diguna pakai dalam pelbagai situasi. Jika anda kehilangan orang tersayang (meninggal dunia), mungkin membeli-belah dan menonton filem takkan dapat membantu merawat sakitnya hati tu. Tapi mungkin mengemas kini playlist lagu dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan. Hopefully. Apapun, kita kena percaya yang diri kita kuat! Tak ada dugaan yang kita takkan mampu hadapi, sebab kalau kita tak mampu, dugaan tu takkan datang pun kat kita. Di samping tips-tips tersebut, berdoa dan meminta pada Yang Satu juga adalah salah satu cara untuk move on yang paling berkesan. As cliche as it might sounds, praying is a very powerful method. God understands when no one else does. Semoga kita semua kuat untuk move on dan meneruskan hidup dengan lebih positif. :)

Photo credits to: Nabilah Basir, Najmuddin Jimi

Thanks for reading!
Love,
Jaji

You May Also Like

4 comments

  1. 1. Yes, I cried. A lottt. But somehow, I still cry.. :(

    2. Buang ? Too many things to throw. Sampai tak terbuang rasanya..

    3. Dah banyak kali tukar playlist.. Tapi lagu baru pun it seems to remind me of him :(

    4. filem ? tonton jugak. tapi hmm cam xde kesan pun.

    5. shopping. haha

    6. Bila kita berhenti bercakap, org lain pulak asyik bertanya. Huwaaa !!!

    7. Okay nisa dha mula bersenam ! Hopefully jalan terakhir ni membuahkan kesan lah haha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can go through this!! you are stronger than you think! *insert emoji tangan sado*

      Delete
    2. haha. betul kata nisa. Bila kita berhenti bercakap, orang lain pulak akan tanya. huhu. saba je la. btw nice tips =)

      Delete