Green Tea Scrub by The Scrub Empire


Berapa kerap anda scrub dalam seminggu? Kalau Jaji, biasanya Jaji scrub dalam dua hingga tiga kali seminggu. Scrub ni penting untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit. Baru-baru ni saya dah cuba Green Tea Scrub dari The Scrub Empire yang diasaskan oleh orang Malaysia sendiri, iaitu Puan Mahani Yusof dan anaknya Cik Nur Ain Ab Rahman. Puan Mahani memang dah lama buat scrub sendiri, kiranya scrub yang dijual ni dibuat secara homemade je dengan berpandukan 'resepi' turun-temurun.


Okay, sejujurnya inilah scrub muka dengan bau paling sedap yang saya pernah cuba! Rasa macam nak bancuh lepas tu minum je hehe. Green Tea Scrub dari The Scrub Empire ni merupakan scrub yang diperbuat daripada bahan-bahan organik. Selalunya saya pakai scrub dari drugstore yang mungkin dah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, tapi Green Tea Scrub ni cuma mengandungi teh hijau, beras pulut, dan susu. Memang 100% organik, sebab tu scrub ni didatangkan dalam bentuk serbuk.


Sebenarnya ada baaanyak kebaikan teh hijau, sebab tu saya sendiri pun suka minum teh hijau (yang asli, bukan green tea latte atau iced green tea yang manis sangat tu hehe). Antara kebaikan teh hijau adalah sebagai agen anti penuaan, mengurangkan kesan kulit terbakar (sunburn), mengurangkan jerawat, dan melembabkan kulit. Teh hijau juga sangat kaya dengan antioksidan. Antioksidan berperanan untuk menghalang radikal bebas daripada menyerang kulit. Radikal bebas ni datangnya dari persekitaran dan makanan. Kalau kulit tak terlindung daripada radikal bebas, kulit akan cepat berkedut dan senang naik jerawat. Co-founder The Scrub Empire sendiri iaitu Cik Nur Ain dulu pernah buat kajian tentang kebaikan teh hijau dalam tesisnya, jadi sebab tu lah mereka yakin yang scrub teh hijau ni mampu memberikan banyak kebaikan pada kulit.

Cik Nur Ain dan Puan Mahani
Cara nak guna scrub ni senang je. Cuma campurkan dengan sedikit air dan gosokkan pada muka dengan lembut. Selain daripada baunya yang sedap, saya juga sukakan scrub teh hijau ni sebab muka rasa segar dan lembut je lepas guna. Kalau nak guna sebagai mask je pun boleh, cuma tepek dan biar je kat muka sekejap, lepas tu bilas. Haa lagi satu, scrub ni bukan sekadar boleh pakai kat muka je, kat badan pun boleh (terutamanya ketiak hehehe).


Kalau anda berminat nak dapatkan Green Tea Scrub ni, bolehlah hubungi mereka melalui whatsapp di nombor +60136296400 atau singgah Instagram mereka iaitu @thescrubempire. Harganya cuma RM25.00 je sebekas. Percayalah, tak rugi pun beli sebekas tu sebab jumlahnya banyak (150gram) dan boleh tahan sehingga dua bulan walaupun anda kerap pakai. Jaji sendiri dah sebulan pakai tapi masih banyak lagi dalam bekas tu. 

Happy scrubbing!

Salam sayang,
Jaji

You May Also Like

0 comments